RAMAI yang tidak menyangka sebaik pulang dari mengerjakan ibadah haji pada 21 Januari lalu, Sheila Rusly mengambil langkah untuk menutup auratnya. Sheila memakai tudung litup. Keputusan itu tidak disangka kerana sebelum ini Sheila tidak pernah pun melahirkan hasrat itu.
Yang ada cuma satu iaitu pemergiannya ke Mekah hanyalah bagi memenuhi tuntutan melaksanakan rukun Islam kelima.
Cubalah tatap, perubahan baru Sheila benar-benar membawa cahaya kepada wajahnya. Dia semakin cantik dan ayu selepas mengenakan tudung.
Artis-artis wanita lain bolehlah cuba mengikut jejak langkahnya walaupun masih belum mengerjakan ibadah haji apakah salahnya jika bertudung kerana bertudung bagi wanita itu adalah wajib untuk menutupi aurat daripada pandangan kaum adam.Jangan pula setakat hangat-hangat tahi ayam, sekejap je bertudung kemudian dah free hair balik.
Fikirkanlah bersama...
0 coretan:
Post a Comment