Google

February 29, 2008

Zen's Territory

Hehe.. Aku pun dah mula untuk berjinak-jinak membina empayar ku yang pertama..

Sila klik disini untuk melihatnya..

Hari Ini Dalam Proses Pilihanraya

Wujudkan `sentuhan peribadi' dengan pengundi


Semua calon Barisan Nasional (BN) hendaklah turun padang dengan melakukan `sentuhan peribadi' terhadap pengundi bagi mendalami masalah yang dihadapi mereka.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kempen sedemikian adalah penting supaya pengundi dapat mengenali lebih dekat calon yang dipilih oleh BN untuk mewakili mereka pada Pilihan Raya Umum ke-12.

Berita selanjutnya..

¤ Galeri gambar Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 ¤

BN bukan sekadar berjanji untuk menang

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) bukanlah sebuah kerajaan yang sekadar berjanji untuk melakukan segala-galanya untuk rakyat dengan tujuan semata-mata mahu menang pada pilihan raya umum 8 Mac ini.

Berita selanjutnya..

FAKTA PILIHAN RAYA KE-12

Hari mengundi8 Mac (Sabtu)
Pemilih awam10,701,054
Pemilih pos221,085
Jumlah kerusi Parlimen222
Jumlah kerusi DUN505

Minggu Sindrom Down

Seminggu ini aku tidak berapa sihat walaupun baru sahaja mendapat bayaran gajiku yang pertama.. Walaupun kerani aku hampeh, aku bersyukur kerana masih lagi dapat gaji walaupun untuk 2 bulan pertama sahaja.. Dah lama aku tunggu hujung bulan yang seperti orang lain (dapat gaji) akhirnya kesampaian jugak..

Badan aku buat hal, letih semacam je rasanya.. Hari ni ok skit, tidak aku rasa macam nak demam je tiap-tiap hari tapi badan aku tak panas-panas pun..

Ada sorang cikgu kat tempat aku yang husband dia aktif blogging, husband dia keja kat Sekolah Aminudin Baki JB.. Blog dia banyak berkaitan dengan Teknikal Komputer seperti cara-cara untuk mengatasi virus-virus terbaru yang melanda kebanyakan sekolah seperti Bro Act, Rrontokbro, Ravmon.exe, W32.Yautoit, rvhost.exe, sohanad/yautoit dan fujacks.. Sekiranya sesiapa yang terkena virus-virus in boleh la pergi ke blog dia di http://unitictsabjb.blogspot.com/

Aku semakin pening kerana kena buat jadual baru untuk sekolah aku kerana ada seorang cikgu yang baru balik daripada bercuti dan seorang lagi sudah mula cuti bersalin.. Penat gak buat jadual kerana software yang sekolah aku guna jenis lama, still kena mengadap program berasaskan dos dan menggunakan shorcut key untuk sahaja (mouse macam dah mati je)..

Weekend ni bleh la aku mengikuti cerita Naruto 391 dan Naruto 392 if dah keluar (manga pun layan je la.. nak tunggu anime lambat lagi)..

February 25, 2008

J CARD Privilege Shopping Day

Peristiwa sekitar Malaysia : Indonesia

Gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter berlaku di barat daya Sumatera pada 4.36 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata, pusat gempa terletak latitud 3.0 darjah selatan dan 99.0 darjah timur, 189km di selatan Siberut, Indonesia dan 689km di barat daya Melaka.

Berita selanjutnya..

Hari Ini Dalam Proses Pilihanraya

Barisan Nasional (BN) menang tanpa bertanding di sembilan kerusi pada hari penamaan calon hari ini, memberikan petanda awal ia akan mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Berita selanjutnya..

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyangkal andaian bahawa harga minyak akan dinaikkan selepas pilihan raya umum 8 Mac ini.

Berita selanjutnya..

February 24, 2008

Telatah Pilihanraya Malaysia 2008

Para penyokong Barisan Nasional (BN) perlu bersikap rasional dan tidak menimbulkan masalah dalam memberikan sokongan kepada calon yang dipilih bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Berita selanjutnya..

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa bakal memperolehi undi besar di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-12 selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan tugasnya dengan telus.

Berita selanjutnya..

UMNO Terengganu yang sedikit 'berkocak' berikutan isu pemilihan calonnya, kini pulih apabila semua ketua UMNO bahagian menyatakan sokongan mereka terhadap calon-calon yang dipilih.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima daripada mereka pada pertemuan malam tadi, ketua-ketua UMNO bahagian sepakat untuk menyokong serta membantu calon BN untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac ini.

Berita selanjutnya..

Artis Bertudung : Sheila Rusly

RAMAI yang tidak menyangka sebaik pulang dari mengerjakan ibadah haji pada 21 Januari lalu, Sheila Rusly mengambil langkah untuk menutup auratnya. Sheila memakai tudung litup. Keputusan itu tidak disangka kerana sebelum ini Sheila tidak pernah pun melahirkan hasrat itu.

Yang ada cuma satu iaitu pemergiannya ke Mekah hanyalah bagi memenuhi tuntutan melaksanakan rukun Islam kelima.

Cubalah tatap, perubahan baru Sheila benar-benar membawa cahaya kepada wajahnya. Dia semakin cantik dan ayu selepas mengenakan tudung.

Artis-artis wanita lain bolehlah cuba mengikut jejak langkahnya walaupun masih belum mengerjakan ibadah haji apakah salahnya jika bertudung kerana bertudung bagi wanita itu adalah wajib untuk menutupi aurat daripada pandangan kaum adam.

Jangan pula setakat hangat-hangat tahi ayam, sekejap je bertudung kemudian dah free hair balik.

Fikirkanlah bersama...

10 Calon Pilihanraya Menang Tanpa Bertanding

Berikut adalah senarai calon yang menang tanpa bertanding:

PARLIMEN

1. Datuk Seri Azalina Othman (BN) - Pengerang (Johor)

2. Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN) - Kalabakan (Sabah)

3. Tan Sri Joseph Kurup (BN) - Pensiangan (Sabah)

4. Aaron Ago Dagang (BN) - Kanowit (Sarawak)

5 Joseph Entulu Belaun (BN) - Selangau (Sarawak)

6. Alexander Nanta Linggi (BN) - Kapit (Sarawak)

7. Norah Tun Abdul Rahman (BN) - Tanjong Manis (Sarawak)

DEWAN UNDANGAN NEGERI

8. Datuk Ramlee Marahaban (BN) - Bugaya (Sabah)

9. Datuk Abdul Rahman Palil (BN) - Sementa (Selangor)

10. Wan Ubaidah Omar (Pas) - Kijang (Kelantan)

Hari Penamaan Calon Pilihanraya Malaysia

Hari yang penuh penantian bagi semua penduduk Malaysia untuk mengetahui siapa yang bakal memimpin kawasan masing-masing..

Bagiku, hari ni merupakan suatu penantian dimana aku menanti gaji ku yang telah lama tidak kunjung tiba. Sudah kerja selama 4 bulan tapi masih belum menerima gaji yang pertama, aku tension kerana masalah ini berpunca daripada sifat kerani tempat kerja ku yang lambat dalam memproses borang gaji. Bukan aku sorang je yang tension, ramai gi rakan sekerja ku yang masih menanti hari yang penuh kegembiraan itu.

Hutang dikeliling pinggang sudah banyak, teringin rasanya untuk merasa duit hasil titik peluh bekerja dengan membeli barang-barang yang diingini serta melakukan apa yang dihajati..

Hari ni aku sedikit gembira kerana aku dapat bermain internet dengan menggunakan line internet sepenuhnya. Line wireless yang aku guna dapat 100 signal strength dan 100 transfer rate, satu pencapaian yang menggakumkan di Teratak 42..





February 23, 2008

Pilihan Raya Umum ke-12 Malaysia

Ingin tahu berita-berita mutakhir mengenai proses Pilihan Raya yang berlaku di Malaysia, sila klik pada pautan di bawah..

Utusan Malaysia : Laporan Khas Pilihan Raya Umum ke-12

Ingin menyemak Daftar Pemilih SPR, Sila Klik pautan dibawah

Pilihan Raya Umum ke-12 : Semak Daftar Pemilih SPR

Naruto Shippunden

Manga Naruto yang amat diminati ramai telah pun menjangkau ke episod yang ke 393.
Cerita ini berkisarkan mengenai seoarang kanak-kanak yang bernama Naruto dalam pengembaraannya menjadi Hokage Konoha (Ketua Puak) yang terulung.


Manga Naruto boleh diperolehi secara online melalui Naruto MSN yang telah lama menyediakan perkhidmatan bagi sesiapa yang ingin membaca manga tersebut. Naruto episod 394bakal menjanjikan perlawanan yang lebih menarik antara Sasuke dan abangnya, Uciha Sasuke yang telah membunuh keseluruhan puakknya sewaktu Sasuke semasih kecil.

Naruto spoiler merupakan episode yang diterbitkan awal bagi peminatnya namun ia masih belum lagi di translate ke English Langguage khususnya.

Sila Klik Di Sini untuk membaca Naruto Manga di Naruto MSN.

Naruto Spoiler (Prediction) : Naruto Chapter 394, Naruto Chapter 395, Naruto Chapter 396, Naruto Chapter 397, Naruto Chapter 398, Naruto Chapter 399, Naruto Chapter 400 dan keatas boleh didapati di sini
(In High quality and with translation)

February 16, 2008

Day before Sport's Day

Hari nie sepatutnya aku relaks dan mengemaskini blog yang dihasilkan, menderma darah, namun niat ku tak kesampaian..

Jusco Taman Universiti ada menjalankan Kempen Menderma Darah yang akan dijalankan pada hari ini dan esok dari pukul 11pg hingga 5 ptg.. Sesiapa yang berminat boleh la mendaftar terutamanya yang mempunyai kumpulan darah O..

Malam nie aku ditugaskan untuk mengemas Stadium Larkin untuk digunakan esok, letih rasanya badan untuk menjalankan tugas, dah la jadi ketua rumah sukan, kena datang awal lak tue ari ahad nie..

Aku belum membetulkan kamera IXUS ku, so tidak banyak gambar yang aku bleh kongsi bersama rakan-rakan sekalian..

Semalam merupakan Hari Lahir awekku yang tersayang, cian terpaksa celebrate berasingan coz dia di Kluang.. Walau apa pun, panggilan telefon menjadi satu kemestian untuk ku agar menghargainya sehingga kini kerana sanggup berada disampingku selama ini tidak kira waktu susah dan senang.. Aku mengharapkan hubungan ini dapat berjalan lancar dan melangkah ke tahap yang seterusnya..

Aku perlu membeli beberapa barang yang akan digunakan oleh rumah sukan ku esok hari, hanya satu post sahaja yang dapat ku lakukan hari ini.. Maaf buat semua..

Balik nie aku kena basuh baju yang dah berlambak terperap dirumah, hehe malas lah nak basuh time ari kerja..

Harap-harap majlis esok berjalan ngan lancar..

Adios..

Bila la nak keluar series prison break baru nie..

February 12, 2008

Top paying keywords

The following list includes the 25 keywords that increased in price the most from January 2007 to January 2008.

Keyword :

home improvement loan, low interest credit cards, credit card debt, search engine optimization, companies, hydraulic press

  • equity loan
  • home loan
  • fireproof file cabinets
  • digital asset management
  • software
  • toll free numbers
  • epson ink
  • las vegas wedding
  • crm software & solutions
  • rapid prototyping
  • enterprise content
  • management
  • first aid kits
  • lawyer in las vegas
  • help desk software
  • Home Air Purifiers
  • merchant accounts
  • Home Sauna
  • FTD flowers
  • flow switch
  • dedicated hosting
  • dba

February 11, 2008

Kenduri Kahwin

Pada 9 Februari yang lepas, aku dan teman yang lain (kucai, geweng dan suraya) telah menghadiri sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di Taman Nong Cik, JB..

Anak tuan umah..

Anak tuan rumah yang merupakan D.O. Jb, Bai'zah telah menjemput kami untuk memeriahkan majlis perkahwinan akaknya yang turut mengundang Sultan dan TMJ Johor.. Majlis yang diadakan cukup meriah dan grand sekali walaupun persandingan pada hari itu diadakan di rumah sahaja (malamnya kat dewan lak tp aku tak berkesempatan untuk hadir)..

Baru abis makan..

Aku kagum melihat majlis yang diadakan, sedap betul lauk pauk yang disajikan untuk tetamu yang datang.. Niat ati nak makan 2 - 3 round tapi segan lak ngan orang lain.. Kucai pun control je amik makanan..

Setelah selesai makan, Bai mengajak kami untuk masuk kedalam umah untuk melihat pengantin yang sedang bersanding (tue pun atas request Aya, kitorang rasa nak cabut je..) Pengantin sedang sibuk mengambil gambar, kitorang sempat la tengok kehebatan jurugambar menyuruh pengantin berposing sana-sini.. Tiba-tiba Bai mengajak kitorang untuk bergambar bersama dengan pengantin, segan gak kitorang kat situ.. Bukan apa, kitorang mengenali rapat Bai (xmrsm muar, classmate) bukan akaknya, malu-malu tapi still kitorang amik gambar gak.. Sempat la inter frame dengan pengantin siap jurugambar amik sekali gambar kitorang untuk family album rasanya.. Bangga pun ada gak tiba-tiba dapat join dalam koleksi gambar kahwin yang grand nie..

Gambar bersama pengantin (kamera Kucai)

Setelah penat (Geweng siap buat duet ngan kugiran : lagu Mawi ngan M. Nasir) dan menerima cenderamata dari tuan rumah, kami pun minta untuk mengundurkan diri dari majlis tersebut..

Gambar kengan ngan Aya

Sampai di umah Aya, kami mengambil satu gambar kenangan, proof yang kitorang gi saing ngan Aya (naik kereta ayah dia) ke majlis tersebut..

p/s : If nak tengok persembahan geweng semasa di rumah D.O., sila klik disini.

February 8, 2008

Kehidupan yang penuh dugaan..

Petang semalam semasa aku dan adik ku sedang asyik bermain Dota, keluargaku mendapat panggilan yang menyedihkan.. Makcik aku kat kampung (akak mak aku) telah kembali ke rahmatullah petang semalam.. Suasana sedih menyelubungi umah aku seharian.. Ayah aku keluar membeli tiket untuk balik ke kampung, tak larat nak drive sendiri coz jauh sangat (Kedah).. Pukul 10.30 malam ayah dan mak ku berangkat menaiki bas ke Kedah dan mengharapkan sempat melihat arwah buat kali terakhir sebelum dia dikebumikan..

Aku berasa sedih yang teramat kerana sudah beberapa tahun aku tidak berpeluang untuk balik ke kampung, ramai saudara mara ku yang telah lama tidak kutemui dan tidak mungkin ku temui lagi seperti makcik ku.. Aku memasang niat untuk balik ke kampung sekiranya berkesempatan tahun ni dan mempunyai budget lebih daripada gaji aku yang telah tertunggak selama 4 bulan (hutang dah pun banyak nie..)

Bagi mengurangkan kesedihan, aku melepak dirumah member aku malam tadi, bermain game Yugi-Oh GX : The Destiny Begins (PS2).. Aku kena balik umah semula coz ari nie ari Jumaat, kena tolong bawa adik-adik aku gi Masjid yang agak jauh dari umah untuk Solat Jumaat..
Biarpun sedih semalam, aku mengharapkan hari ni dan mendatang aklan lebih menggembirakan aku sekeluarga..

February 6, 2008

Kehidupan yang penuh dugaan..

Aku menghitung hari-hari yang telah kulalui sebelum ini,
nyata ianya penuh dengan dugaan dan cabaran yang
senantiasa menimpa dan menghalang perjalan hidupku..

Aku keletihan hari ini kerana sibuk menguruskan atlit sukan
untuk berlatih dalam acara melempar cakera dan melontar
peluru ( sebelum ni aku tak pernah main pun benda-benda tu
semua ).. Sakit betul badan aku dibuatnya, nasib baik ari ni cuti
coz sekolah aku dah pun menggantikannya lebih awal untuk
memanjangkan Cuti Tahun Baru Cina..

Budak yang aku train tu dapat gold medal untuk kedua-dua acara..
Gembira betul dia dapat kalahkan bebudak lain coz dia bukan
dalam senarai atlit pilihan untuk acara tu.. Aku berasa bangga
kerana anak didik aku mencapai kejayaan sekaligus membuktikan
bahawa segala usaha yang aku lakukan untuk memajukannya tidak
sia-sia belaka..

Ingat hati nak datang sekolah untuk membantu Technician
membetulkan komputer dan membuang virus yang semakin
menebal di lab-lab komputer sekolah, namun keletihan yang
dirasa membuat ku lebih rela rehat dirumah dan membiarkan
technician itu keseorangan diri melakukan tugasnya..

Cuaca hari ini yang sungguh baik membuatkan aku lebih ceria
kerana sudah beberapa hari aku tidak melihat mentari menyinar
menembusi awan gelap di kawasan ku..

Sebentar tadi ada plumber datang mengatakan yang tuan rumah
ni menyuruhnya membaiki saluran najis yang tersumbat/rosak..
Namun setelah rakan ku ( Raju ) menelefon tuan rumah, dia
mengatakan dia tiada menghantar sesiapa untuk service paip or
whatsoever.. Apa lagi, berambuslah plumber itu kami minta,
mengganggu je kehidupan orang lain yang keletihan ini
( dah memang tugas dia, kesian gak )

Aku perlu balik ke rumah untuk bermain Warcraft : Dota All Star
dengan adik ku yang gembira kerana cuti sekolah..

Kesian sorang member aku yang bernama kucai..
Blog yang dihasilkan banyak menarik pengguna yang berminat dengan seks semata-mata..
Aku dan kucai pun tidak tahu menahu bagaimana ini boleh terjadi.
Macam-macam la orang search, 3gp budak sekolah, rakan-rakan sekelas, artis, ida nerina, rahsia permata yang hilang dan pelbagai lagi..
Ntah la apa yang diorang fikir sampai nak cari benda-benda macam ni..
Bersabar la ye kucai..
If nak lihat blog sebenar kucai, sila klik pada pautan dibawah
~Menempuh Arus Masa~

Harian Metro : Berita Mutakhir

Utusan Online - Pendidikan