Google

February 29, 2008

Minggu Sindrom Down

Seminggu ini aku tidak berapa sihat walaupun baru sahaja mendapat bayaran gajiku yang pertama.. Walaupun kerani aku hampeh, aku bersyukur kerana masih lagi dapat gaji walaupun untuk 2 bulan pertama sahaja.. Dah lama aku tunggu hujung bulan yang seperti orang lain (dapat gaji) akhirnya kesampaian jugak..

Badan aku buat hal, letih semacam je rasanya.. Hari ni ok skit, tidak aku rasa macam nak demam je tiap-tiap hari tapi badan aku tak panas-panas pun..

Ada sorang cikgu kat tempat aku yang husband dia aktif blogging, husband dia keja kat Sekolah Aminudin Baki JB.. Blog dia banyak berkaitan dengan Teknikal Komputer seperti cara-cara untuk mengatasi virus-virus terbaru yang melanda kebanyakan sekolah seperti Bro Act, Rrontokbro, Ravmon.exe, W32.Yautoit, rvhost.exe, sohanad/yautoit dan fujacks.. Sekiranya sesiapa yang terkena virus-virus in boleh la pergi ke blog dia di http://unitictsabjb.blogspot.com/

Aku semakin pening kerana kena buat jadual baru untuk sekolah aku kerana ada seorang cikgu yang baru balik daripada bercuti dan seorang lagi sudah mula cuti bersalin.. Penat gak buat jadual kerana software yang sekolah aku guna jenis lama, still kena mengadap program berasaskan dos dan menggunakan shorcut key untuk sahaja (mouse macam dah mati je)..

Weekend ni bleh la aku mengikuti cerita Naruto 391 dan Naruto 392 if dah keluar (manga pun layan je la.. nak tunggu anime lambat lagi)..

0 coretan:

Harian Metro : Berita Mutakhir

Utusan Online - Pendidikan