Google

February 8, 2008

Kehidupan yang penuh dugaan..

Petang semalam semasa aku dan adik ku sedang asyik bermain Dota, keluargaku mendapat panggilan yang menyedihkan.. Makcik aku kat kampung (akak mak aku) telah kembali ke rahmatullah petang semalam.. Suasana sedih menyelubungi umah aku seharian.. Ayah aku keluar membeli tiket untuk balik ke kampung, tak larat nak drive sendiri coz jauh sangat (Kedah).. Pukul 10.30 malam ayah dan mak ku berangkat menaiki bas ke Kedah dan mengharapkan sempat melihat arwah buat kali terakhir sebelum dia dikebumikan..

Aku berasa sedih yang teramat kerana sudah beberapa tahun aku tidak berpeluang untuk balik ke kampung, ramai saudara mara ku yang telah lama tidak kutemui dan tidak mungkin ku temui lagi seperti makcik ku.. Aku memasang niat untuk balik ke kampung sekiranya berkesempatan tahun ni dan mempunyai budget lebih daripada gaji aku yang telah tertunggak selama 4 bulan (hutang dah pun banyak nie..)

Bagi mengurangkan kesedihan, aku melepak dirumah member aku malam tadi, bermain game Yugi-Oh GX : The Destiny Begins (PS2).. Aku kena balik umah semula coz ari nie ari Jumaat, kena tolong bawa adik-adik aku gi Masjid yang agak jauh dari umah untuk Solat Jumaat..
Biarpun sedih semalam, aku mengharapkan hari ni dan mendatang aklan lebih menggembirakan aku sekeluarga..

3 coretan:

Anonymous said...

takziah..
em..dah lama juga x balik kdh..apa cerita org di sana ye..

Fairuz said...

takziah kepada keluarga ko

Urashima Keitaro said...

Terima kasih kepada semua..

Harian Metro : Berita Mutakhir

Utusan Online - Pendidikan