Pada 9 Februari yang lepas, aku dan teman yang lain (kucai, geweng dan suraya) telah menghadiri sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di Taman Nong Cik, JB..
Anak tuan rumah yang merupakan D.O. Jb, Bai'zah telah menjemput kami untuk memeriahkan majlis perkahwinan akaknya yang turut mengundang Sultan dan TMJ Johor.. Majlis yang diadakan cukup meriah dan grand sekali walaupun persandingan pada hari itu diadakan di rumah sahaja (malamnya kat dewan lak tp aku tak berkesempatan untuk hadir)..
Aku kagum melihat majlis yang diadakan, sedap betul lauk pauk yang disajikan untuk tetamu yang datang.. Niat ati nak makan 2 - 3 round tapi segan lak ngan orang lain.. Kucai pun control je amik makanan..
Setelah selesai makan, Bai mengajak kami untuk masuk kedalam umah untuk melihat pengantin yang sedang bersanding (tue pun atas request Aya, kitorang rasa nak cabut je..) Pengantin sedang sibuk mengambil gambar, kitorang sempat la tengok kehebatan jurugambar menyuruh pengantin berposing sana-sini.. Tiba-tiba Bai mengajak kitorang untuk bergambar bersama dengan pengantin, segan gak kitorang kat situ.. Bukan apa, kitorang mengenali rapat Bai (xmrsm muar, classmate) bukan akaknya, malu-malu tapi still kitorang amik gambar gak.. Sempat la inter frame dengan pengantin siap jurugambar amik sekali gambar kitorang untuk family album rasanya.. Bangga pun ada gak tiba-tiba dapat join dalam koleksi gambar kahwin yang grand nie..
Gambar bersama pengantin (kamera Kucai)
Setelah penat (Geweng siap buat duet ngan kugiran : lagu Mawi ngan M. Nasir) dan menerima cenderamata dari tuan rumah, kami pun minta untuk mengundurkan diri dari majlis tersebut..
Sampai di umah Aya, kami mengambil satu gambar kenangan, proof yang kitorang gi saing ngan Aya (naik kereta ayah dia) ke majlis tersebut..
p/s : If nak tengok persembahan geweng semasa di rumah D.O., sila klik disini.
Sampai di umah Aya, kami mengambil satu gambar kenangan, proof yang kitorang gi saing ngan Aya (naik kereta ayah dia) ke majlis tersebut..
p/s : If nak tengok persembahan geweng semasa di rumah D.O., sila klik disini.
8 coretan:
wah. bestnye. korang buat reunion ke ape tu. hehehe
@raja
heh...bleh dikata reunion ker?
dikatakan makan2 umah org kahwin boleyla...kalo nak tunggu ex-classmate sendrik yg kawen,bilerlaaaaa nak sampai...
@fit
ceh. ade hati nak segan2. redah ajer. aku malam satu round lagih nasik minyak. haha xD
Cai n Geweng segan, tue aku pn terikut sekali...
Bila ngko nk kahwin sue?
oh bestnya
@urashima keitaro (fit ke nih?)
oh. bestnyer soklan.
soklan cepumas sungguh.
yup.. saper lagi sesuai untuk ganti urashima keitaro :P
greetings from italy to Indnesia
ceh
Post a Comment