Google

February 6, 2008

Kehidupan yang penuh dugaan..

Aku menghitung hari-hari yang telah kulalui sebelum ini,
nyata ianya penuh dengan dugaan dan cabaran yang
senantiasa menimpa dan menghalang perjalan hidupku..

Aku keletihan hari ini kerana sibuk menguruskan atlit sukan
untuk berlatih dalam acara melempar cakera dan melontar
peluru ( sebelum ni aku tak pernah main pun benda-benda tu
semua ).. Sakit betul badan aku dibuatnya, nasib baik ari ni cuti
coz sekolah aku dah pun menggantikannya lebih awal untuk
memanjangkan Cuti Tahun Baru Cina..

Budak yang aku train tu dapat gold medal untuk kedua-dua acara..
Gembira betul dia dapat kalahkan bebudak lain coz dia bukan
dalam senarai atlit pilihan untuk acara tu.. Aku berasa bangga
kerana anak didik aku mencapai kejayaan sekaligus membuktikan
bahawa segala usaha yang aku lakukan untuk memajukannya tidak
sia-sia belaka..

Ingat hati nak datang sekolah untuk membantu Technician
membetulkan komputer dan membuang virus yang semakin
menebal di lab-lab komputer sekolah, namun keletihan yang
dirasa membuat ku lebih rela rehat dirumah dan membiarkan
technician itu keseorangan diri melakukan tugasnya..

Cuaca hari ini yang sungguh baik membuatkan aku lebih ceria
kerana sudah beberapa hari aku tidak melihat mentari menyinar
menembusi awan gelap di kawasan ku..

Sebentar tadi ada plumber datang mengatakan yang tuan rumah
ni menyuruhnya membaiki saluran najis yang tersumbat/rosak..
Namun setelah rakan ku ( Raju ) menelefon tuan rumah, dia
mengatakan dia tiada menghantar sesiapa untuk service paip or
whatsoever.. Apa lagi, berambuslah plumber itu kami minta,
mengganggu je kehidupan orang lain yang keletihan ini
( dah memang tugas dia, kesian gak )

Aku perlu balik ke rumah untuk bermain Warcraft : Dota All Star
dengan adik ku yang gembira kerana cuti sekolah..

Kesian sorang member aku yang bernama kucai..
Blog yang dihasilkan banyak menarik pengguna yang berminat dengan seks semata-mata..
Aku dan kucai pun tidak tahu menahu bagaimana ini boleh terjadi.
Macam-macam la orang search, 3gp budak sekolah, rakan-rakan sekelas, artis, ida nerina, rahsia permata yang hilang dan pelbagai lagi..
Ntah la apa yang diorang fikir sampai nak cari benda-benda macam ni..
Bersabar la ye kucai..
If nak lihat blog sebenar kucai, sila klik pada pautan dibawah
~Menempuh Arus Masa~

0 coretan:

Harian Metro : Berita Mutakhir

Utusan Online - Pendidikan