Google

March 13, 2008

Hari Ini Selepas Pilihanraya Malaysia 2008

  • DAP boikot MB Pas

    PETALING JAYA: Pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas yang membentuk kerajaan campuran di Perak, mula goyah apabila semua 18 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP di negeri itu mahu memboikot majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar, petang ini.

    Berita Selanjutnya...

  • PM dijangka umum Kabinet Isnin

    PUTRAJAYA,: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, barisan Kabinet baru akan mengadakan mesyuaratnya yang pertama pada Rabu depan, membayangkan barisan jemaah menteri akan diumumkan seawal-awalnya Isnin ini.

    Berita Selanjutnya...

  • Keangkuhan DAP undang masalah perkauman
  • KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini membidas sikap kepimpinan DAP yang disifatkan sebagai angkuh terutama apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu menghapuskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di negeri itu.

  • Lim pegang portfolio utama
  • PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengumumkan akan memegang portfolio pembangunan industri dan perdagangan antarabangsa, hal ehwal tanah dan pembangunan tanah dalam kabinet negeri.

  • DAP mohon maaf
  • KUALA LUMPUR: DAP memohon maaf atas kenyataannya semalam bahawa Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu membantah pelantikan setiausaha perhubungan PAS Perak Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

  • Fairus, Ramasamy angkat sumpah
  • PULAU PINANG: Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti Mohammad Fairus Khairuddin dan Adun Perai Dr P.Ramasamy hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di Dewan Sri Pinang di sini.

0 coretan:

Harian Metro : Berita Mutakhir

Utusan Online - Pendidikan