Google

March 16, 2008

Hari Ini Selepas Pilihanraya Malaysia 2008

Umno Pulau Pinang cabar tarik balik kenyataan

BUTTERWORTH: Umno Pulau Pinang hari ini mencabar kerajaan negeri yang baru pimpinan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menarik balik kenyataannya berhubung penghapusan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan meminta mereka membentangkan perancangan untuk memajukan masa depan orang Melayu serta rakyat termiskin di negeri ini.

Berita selanjutnya...

Idris terima apa juga keputusan

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh berkata beliau sedia menerima apa juga keputusan berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Berita selanjutnya...

Bukit Tinggi bergegar lagi

KUALA LUMPUR: Kawasan sekitar Bukit Tinggi, Pahang sekali lagi digegarkan gempa bumi kecil, kali ini tiga gegaran sekuat 2.0 hingga 3.2 pada skala Richter masing-masing pada 7.16 pagi, 7.35 pagi dan 8.50 pagi ini.

Berita selanjutnya...

Tindakan terhadap Mukhriz lepas mesyuarat Exco

KUALA LUMPUR: Sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadap Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir, akan dibuat selepas mesyuarat Exco Pemuda Umno tidak lama lagi, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Berita selanjutnya...

Tindakan PM disambut baik Kerajaan Pulau Pinang

BUTTERWORTH: Kerajaan negeri Pulau Pinang menyambut baik pengumuman Perdana Menteri semalam yang memberi jaminan semua projek mega di bawah rancangan Kerajaan Persekutuan akan diteruskan.

Berita selanjutnya...

Ibu mertua Mukhriz meninggal dunia

SEREMBAN: Jeriah Ahmad, ibu mertua kepada Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, meninggal dunia selepas dipercayai mengalami sesak nafas di rumahnya dekat Taman Sri Siantan di sini pada pukul 4.10 petang semalam.

Berita selanjutnya...

Khalid dan Khir berpelukan

SHAH ALAM: Jemaah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Azizi Shah, di sini, bertepuk gembira melihat Menteri Besar Selangor yang baru, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, serta bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berpelukan sejurus selesai sembahyang Jumaat, semalam.

Berita selanjutnya...

Mana satu MB Perlis?

PUTRAJAYA: Ketika media melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bintong, Datuk Dr Md Isa Sabu, diumumkan sebagai Menteri Besar Perlis yang baru, kebanyakan rakyat negeri itu bingung kerana sebelumnya Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan bakal mengekalkan kerusi nombor satu itu.

Berita selanjutnya...

0 coretan:

Harian Metro : Berita Mutakhir

Utusan Online - Pendidikan