Google

March 26, 2008

Rahsia Mimpi

Setiap daripada kita pasti pernah bermimpi tetapi tahukah kita rahsia di sebalik mimpi kita itu. Sama-samalah kita lihat rahsia beberapa contoh mimpi

Mimpi dipatuk ular
Jika anda bermimpi seperti ini maka ia menandakan rumah anda berselerak dan kemungkinan ada ular dalam rumah anda

Mimpi jumpa harta karun
Jika anda bermimpi jumpa harta karun maka jangan sesekali mengambil harta karun tersebut kerana harta karun tersebut Ahmad Albab yang punya

Mimpi berkelah di pantai
Mimpi ini sangat bahaya kerana kemungkinan besar kawasan rumah anda akan menghadapi masalah gangguan air dalam masa 2 tiga hari lagi

Mimpi membela kambing
Jika bermimpi seperti ini maka kemungkinan besar anda tidak mandi sebelum tidur. Maka bau bau kambing terbawak bawak sehingga dalam mimpi anda.

Mimpi Seorang Perempuan Cantik
Jika bermimpi seperti ini maka kemungkinan mimpi ini adalah mimpi Laila. Seperti lagu yang dinyayikan oleh Yasin.

0 coretan:

Harian Metro : Berita Mutakhir

Utusan Online - Pendidikan